Tuesday, November 25, 2008

Smlm supervisor bg journal yg di order baru smp. Hambek ko! 10 trus. Tebal2 lak tu~~ Rasa cm aq tgh study je intern ni except for xde xam la.

Mr Francois : Good news! (sambil bg journals)

after 10 mins

Mr Francois: U ok?

Me: Yup..hehe(biase ler,aq suke tersengih)

Mr Francois: Alot of works. 1 month more. hahaha(gelak nerd style)

Me : Hehehehe

Mr Francois : U can stay here another 6 months if u like! hahaha (gelak nerd style)

Me : hehehe (speeceless, tatau nk reply pe. tp nk gelak cra sv aq gelak..)


Note: keyroL sgt jahat kutuk sv sendiri! lol



Au Revoir!

Friday, November 21, 2008

Dari sumber yg boleh dipercayai,ada di antara pihak dalaman pihak zoo Singapura mengesyaki,insiden seorang rakyat Malaysia yg dibaham oleh 3ekor harimau putih baru2 ni telah dirancang terlebih dahulu oleh pihak atasan zoo dan ianya bermotifkan keuntungan.

Mangsa diberi arahan oleh pihak atasan utk melakukan sekian2 tindakan.(peraturan menggariskan,penjaga/pembersih kandang hanya mengikut bertindak mengikut arahan)

Rasionalnya,bila ianya berlaku,zoo berkenaan akan ada 'faktor penarik' bagi pelancong2 asing/luar.

INSIDEN DIBAHAM HARIMAU TELAH DIRANCANG AWAL ?

lihat video ini

http://www.youtube.com/watch?v=2Gr2a-3G5sI



















*Seram kot!!

JOHOR BAHRU: Gambar kejadian ngeri membabitkan seorang lelaki warga Malaysia, Nordin Montong, 32, dibaham tiga harimau Bengal putih di Zoo Singapura mula tersebar luas di Internet.

Gambar berkenaan turut disiarkan di akhbar republik berkenaan, The New Paper yang menyebut ia disumbangkan beberapa pengunjung yang merakam kejadian itu menggunakan perakam video dan telefon bimbit.

Jumaat lalu, akhbar The New Paper dengan tajuk ‘4 Minutes of Terror’ melaporkan pengalaman sekumpulan tujuh remaja yang meluangkan masa bersama di zoo berkenaan.

Seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Nizam Zainal, 16, dilaporkan berkata pada mulanya mereka menyangka kejadian itu antara pertunjukan zoo kepada pengunjung.

“Saya melihat seorang lelaki berjalan perlahan-lahan dalam kolam itu sambil membawa sebatang penyapu dan satu baldi di tangannya.

“Lelaki itu kelihatan tenang dan menjerit ke arah harimau terbabit, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian menyebabkan saya berfikir, dia kakitangan zoo yang mahir dengan pertunjukan harimau,” katanya.

Ketika itu, Nizam berkata, seekor daripada tiga harimau itu terus meluru ke arah kolam itu dipercayai tertarik dengan bunyi percikan air.

Nordin yang bekerja sebagai pencuci zoo dikatakan berjalan tenang ke arah harimau terbabit.

Mangsa kemudian berdiri di penghujung batu bertentang mata dengan haiwan terbabit.

Nizam menyangka harimau terbabit sudah biasa dengan kehadiran pencuci itu.

Bagaimanapun, haiwan itu itu tiba-tiba ‘menampar’ Nordin dengan kuat hingga mangsa jatuh melutut menyebabkan kira-kira 20 pengunjung ketakutan dan mula menjerit untuk mengalih perhatian.

Harimau itu membaham tengkuk arwah seakan-akan menjinjing mangsa ke kiri dan kanan sebelum harimau kedua datang.

Kedua-dua harimau itu mula mencium Nordin dan berjalan mengelilinginya.

Ketika itu, kelihatan jelas wajah ketakutan mangsa apabila dia menjerit meminta pertolongan.

Rakan Nizam pula, Fadzil Ramlee, 16, menjerit menyuruh mangsa terjun dalam kolam, tetapi Nordin menutup kepala menggunakan baldi dan menjerit Allahuakbar.

Katanya, ada pengunjung membaling payung, tetapi tidak mengenai haiwan itu.

Dua harimau itu seolah-olah terganggu dengan jeritan orang ramai dan tepukan tangan mereka, namun tidak meninggalkan mangsa sebelum seekor harimau itu menerkam mangsa dan mengheretnya ke bahagian dalam kandang berkenaan.

Disebabkan jeritan kuat pengunjung, dua harimau itu melepaskan Nordin sebelum mangsa dilihat berdiri, malangnya tiba-tiba dia diterkam semula dua harimau itu.

Saksi lain, Aziz Ansari, 16, berkata mangsa mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri, termasuk menendang harimau berkenaan.

Katanya, dalam klip video yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit, dia dapat melihat Nordin cuba terjun dalam kolam apabila pengunjung menjerit memintanya berbuat demikian.

Bagaimanapun, mangsa gagal kerana dua harimau itu menghalangnya walaupun dia menggunakan baldi yang dibawanya itu sebagai perlindungan.


Monday, November 10, 2008

Nothing special this weekend. Plan Italy terpaksa cancel sbb last minute appointment ngn prefecture. Sgt2 harap dpt settle hari ni. Esok lak public holiday. Kan senang if satu staf dr RSI teman aq g prefecture dr awal2 dulu. Msti prob ni x drag. Ni after one call cm da nk settle. Aq penah try ajak farah tu, tp dia bg map kt aq. Suruh g sendiri.

Anyway, ada satu incident lawak sabt lepas.


Akak French yg friendly : Bonsoir

Aku : Bonsoir

Akak French yg friendly : %$@#!*)%~@?##

Aku : Sorry, I couldn’t speak French.

Akak French yg friendly : $^&*#@!~**&^+

Aku : Sorry, I don’t understand.

Akak French yg friendly : Where are u from?

Aku : Malaysia , malaisie.

Akak French yg friendly : Ouh, I speak Madagascar to you. I tot you from Madagascar.

Aku : eek Erk?? (Cm tu skali ke muka aku???)

Akak French yg friendly : You speak Hindi?

Aku : (Terkesima sebenar .Cm muka Shah rukh khan ke?) No, I speak Thai. (Tetiba je. Sbb Malaysia x femes kot..uhu)

Akak French yg friendly : Oo, I have Thais fren here. Maybe we can go out together.

Aku : Ya, sure. Cool!

Akak French yg friendly : U stay in this residence? Whats ur room no?

Aku : Yup, 467.

Akak French yg friendly : Later I’ll bring my thais fren. We go out together.

Aku : Ok


Dia introduce husband dia. Lupa lak nama. Anyway, madagascar tu mmg wujud eh? Ingt dlm cartoon je... keke lol



Thursday, November 6, 2008

Finally, decide amk Petroleum Engineering!! :astig:

2 subjek major amk next sem and balance lg satu amk final sem.


Bermula la life as final year student..weEe~~


For social humanities lak, amk French 1. At first, mmg x nk amk bahasa. Leceh kot. Tp after bersurvey2 bersama senior, course paling positive French (yakni ramai dpt A...wakaka!). French ni baru introduce last 2 semester Decision ni xde kene mengena ngn internship di France. Ingt aq blaja French ke kt sini? Ouh tidak! Greetings je yg aq tau. Aq ibarat alien di bumi. question Hopefully, lecturer still yg sama.
Ade gak membe, helmi halim & zali enroll course ini juga~~ :okay:


For management plak, interested juga ngn finance. Tp susah kot nk dpt A (Study sbb nk dpt A? For sure la kn?). So, amk HRM.

Skrg kene fikir pasal FYP plak. Nak pilih sapa jadi SV. Prob sekarag,

"Nk pilih SV or Nk pilih topik?"

Hurm, pilih SV yg senang bg A? Or pilih topik yg kita minat tp SV killer? Renung2kn..haha!



Note: Registration summary tu if jadi exam result slip msti bess~~
biggrin



Au Revoir!

Tuesday, November 4, 2008

Grenoble ni da start sejuk. This week better from last week. Last week hujan 3 days non stop. Punyala x syok if hujan. Min temp 4 C max plax 6 C. Now da perasan kalu hujan maknanya weataher/season nk tuka. Sama la cm summer->autumm dulu. Msti hujan dulu. Tapi this week ada la matahari. Still sejuk tp ok. Mountain kt sini pn da ada snow. Time pn da tuka ke winter time. Minus 1 hour. So, got 1 extra hour utk tido. haha~~


view dr office. Montbonnot~~

Skrg soalan plg famous bdk2 intern

"ko nk major pe??"

After surf website SPE, aq rasa cm nk PE plak. So now, 60% Petroleum engineering, 40% Process Plant DEsign. Yg lawaknya aq tanya opinion kak Sarah. Dia kata

"Kalu amk process keje kt plant. Nk ke keje tempat panas???" :sakit:


Lawak btol kak Sarah neh~ Tp lecturer yg ajar subjek process pn lecturer yg cm susah nk bg hints. Haha!

Dr Murni-> mmg xde hints langsung kot [separation process 2]

Dr Suhaimi-> Xde hints. Tp aq suka stail dia me'lecture'. Kene paham konsep. If korg faham dpt la jawab final. [meterial & energy Balance]

Mr Khoo-> korg jgn ingt Mr Khoo mcm dulu lg. Sbb bdk2 ppd kata soalan lain. X kuar soalan tutorial lg...huhu!

Tapi perlu ke kita consider nk amk ape berdasarkan lecturer? Aq rasa perlu la walupn it depends on minat kita. If lecturer bess, msti semangat habis study. Korg berminat ke nk study if Prof Subarau mengajar??? Sape yg nk amk petchem tu bersedia la. Xsilap aq dia aja Plant Design utk Petchem. lol

Aq suka process sbb lecturer tp rasanya process ni susah la. Tahla. Aq mmg sgt x leh decide. If tanya dak yg amk process, aq nk amk process. If tnya dak PE lak, aq nk amk PE. So cmne tuh??
Ramai register awal sbb takut full. Aq pn cuak gak. Xpasal2 xdpt major yg nak.

Sebenarnya aq minat environment gak tp job market x broad la. Lg satu aq x nk la jadi hse officer kot.

Note: Cm nk join company oil & gas. So, kene amk PE la? Check website SPE, UTP xde dlm list. Course PE ni ada kt UTM ngn UTP je kt mesia. So, I thinks thats a good deciding point (ade ke word neh?). Process plak da banyak la.


Au Revoir!